PART TIME JOB DI MALAYSIA
Hai, Assalamualaikum dan welcome back to my blog! Harini hari Jumaat, bersamaan 14 Syawal kita masih lagi dalam bulan raya kan. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf Zahir dan Batin bagi rakan-rakan semua.
Harini pun Dirah masih lagi dapat undangan ke rumah terbuka raya, so Alhamdulillah sambil kita bersuka ria, sambil kita dapat eratkan silaturrahim sesama rakan & keluarga bersama- sama. Syukur. :)
Baiklah, selesai urusan Aidilfitri, saya nak kembali pada topik utama kita, pada malam ini saya nak share dengan anda semua tentang satu entry berkaitan Part Time Job. Haaa, Pernahkah anda melakukan apa- apa pekerjaan Part Time dalam hidup anda ?
Kalau ya, apa contoh part time job yang you all pernah buat ? Best ke best pengalaman Part Time job you all? Boleh share dengan saya di ruangan komen bawah.
Orite, satu soalan yang saya nak buka kepada you all, adakah penting untuk kita melakukan part time job di zaman sekarang? Satu keperluan atau tidak?
Seperti kita tahu, zaman 2023 adalah zaman yang penuh cabaran, terutamanya dari segi ekonomi. Ekonomi sekejap naik, sekejap turun.Perbelanjaan isi rumah semakin meningkat, tetapi gaji bulanan kita tetap macam tu, setuju?
Jadi, pada pendapat Dirah, ianya sangat penting bagi kita pada zaman sekarang untuk melakukan Part Time Job, dapatkan extra saving/income dari hasil bisnes luar kita.Baru rasa hidup ni indah sebenarnya. Sebab apa, jom Dirah share di next point.
Terdapat banyak pilihan yang kita boleh pilih sebagai Part Time Job kita. Antara job scope yang kebanyakan orang minat adalah seperti berikut :
1. Part Time Job dalam bidang solekan/ dandanan
- Ramai juga kenalan saya mempunyai minat yang tinggi dalam bidang seni make up, ukiran inai pengantin, gubahan bunga tunang/ kahwin. Kalau you all mempunyai tangan yang berseni, inshaAllah part time job ini memang sesuai untuk anda.
2. Part Time Job sebagai Tutor Online/ Offline.
Menjadi seorang tutor online/offline menjadi pilihan kebanyakan dari kita yang bekerja dalam bidang pendidikan.
Contohnya, pengalaman adik- adik saya sendiri , Laoshi Din melakukan Part Time Job sebagai guru tuisyen Mandarin, manakala seorang lagi adik perempuan saya, Atikah melakukan part time job di waktu malam sebagai Guru Mengaji Online untuk anak- anak muridnya yang inginkan privasi belajar one to one dengan beliau.
Asalkan kita ada kesungguhan, kesabaran yang tinggi untuk mendidik disamping mempunyai ilmu yang mahir dalam bidang kita, inshaAllah kita boleh pergi jauh dalam pekerjaan yang kita buat, inshaAllah.
3. Part Time Job dalam bidang Dropship/Agent
Ramai juga di antara kita yang join bisnes gaya Dropship ni. Founder- founder sekarang tumbuh bagaikan cendawan. Ada yang dari bidang kosmetik, jual beli makanan, pakaian dan sebagainya. Jadi, terhasillah banyak peluang sebagai dropship /agen yang dapat memberi ruang dan peluang untuk mereka memulakan bisnes dalam hidup mereka.
Saya juga tak terkecuali menjadi salah seorang agen juga di bawah Syarikat Multi Level Marketing (MLM) iaitu Shaklee. Saya dah join menjadi salah seorang Shaklee Independent DIstributor (SID) sejak 2018, Alhamdulillah sehingga sekarang masih setia dan berkembang bersama team.
4. Part Time Job dalam bidang Jualan & Customer Service
Saya sendiri pernah bekerja sambilan sebagai Pembantu Kedai Phone 10 tahun lepas. Ia merupakan pekerjaan pertama saya setelah tamat belajar Diploma. Sementara menunggu result UPU untuk sambung Degree, jadinya saya mengambil inisiatif untuk mencari kerja .
Saya mempunyai zero pengalaman dalam bidang jualan/ customer service ni, tapi Alhamdulillah, saya dapat belajar banyak benda dari pekerjaan pertama ini, baik dari segi cara untuk handle customer, susun atur barang dalam kedai.
First income Dirah waktu tu RM700, fuhh happy tak terkata waktu dapat duit gaji dari boss. Hehe. Itulah sedikit sebanyak pengalaman yang saya dapat recall waktu bekerja dalam bidang itu.
5. Part Time Job sebagai Juruterapis Spa (Beautician Spa)
Ini pun salah satu Part Time Job yang saya sedang buat sekarang. Best sangat bila dapat timba pengalaman menjadi seorang Beautician Mobile Spa ni. Dirah bermula karier Part Time Job sebagai Therapist Mobile Spa ini pada tahun 2018.
Waktu tu Dirah dah bekerja sebagai seorang Physiotherapist, tetapi pada masa yang sama saya tercari- cari satu sumber income pasif untuk saya tambah pendapatan saya . Alhamdulillah, kakak ipar saya iaitu Master Tiera yang perkenalkan peluang bina side income menerusi #MobileSpa pada saya waktu itu.
Dirah terus say YES! Dirah nak belajar ilmu Mobile Spa ni, nak ada side income yang kepuk- kepuk melalui bisnes ini.
Untuk pengetahuan you all, saya langsung tiada kemahiran asas dalam bidang Beauty & Spa waktu itu. Iyalah, saya belajar dalam bidang lain, iaitu Physiotherapy bukan dalam bidang Spa.:)
So, macam mana Dirah bermula join bisnes #mobilespa ini? Mesti ada yang nak tahu kan, Haa,, tunggu di next entry, okay? Coming soon Dirah akan siapkan entry ke dua tentang penerangan lebih detail tentang Projek Mobile Spa BOTG ni pada you all, okay!
Untuk anda, di bawah ini saya kongsikan link salah seorang team BOTG, sahabat saya, seorang ibu anak 5 yang juga aktif berMobile Spa ,dapat menjana income kepuk- kepuk melalui side income Mobile Spa ini.
Jadi, itu sahajalah perkongsian dari saya mengenai topik part time job di Malaysia. Point nombor 5 tu yang paling menarik tau!
Sampai jumpa lagi di next entri.
Dan ID Shaklee Rasmi saya : 1208267.
Anda dialu- alukan untuk melakukan pendaftaran sendiri (self- registration) dan pembelian secara terus dari HQ Shaklee pada bila- bila masa.
Anda boleh mengisikan pra- pendaftaran di pautan ini terlebih dahulu untuk bersama team saya : https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=1208267 dan secara automatik akan dapat membeli produk Shaklee dengan diskaun sebanyak 25% sesudah pendaftaran anda selesai. 😊
Jom sertai keluarga Shaklee bersama saya dan team SDC bermula hari ini.
#kursusspamurah #spashaklee #mobilespa #mobilespamalaysia #kelasspaonline #kursusmobilespaterengganu #kursusspaterengganu #physioterengganu #mobilespaterengganu #vivixshaklee #resvshaklee #vivixterengganu
Bisnes mobile spa memang awesome 👍
ReplyDeleteYup Sis Ana, setuju tu, memang awesome bisnes SPA , Tq sudi drop komen ;)
DeleteBisnes mobile spa memang high demand 😍
ReplyDeleteYup2, betul tu Sis MamaHarraz, best sangat bila buat Mobile Spa ni. ;) tq sudi drop komen ;)
DeleteSekarang ramai wanita bekerjaya yang takde masa nak g spa, demand servis spa kat rumah sendiri tu sangat tinggi. So sape yang buat part time job mobile spa ni memang masyukkkk....
ReplyDeletesetuju sangat dengan sis Kam, best sangat dapat bantu wanita2 yang nak berSpa tapi boleh buat dirumah/hotel sahaja. kita yang datang berikan servis pada mereka. Tq sudi drop komen sis ;)
Delete