Assalamualaikum & hai . Apa khabar you all semua? Saya doakan anda semua berada dalam keadaan sihat walafiat dan ceria- ceria selalu. π
Kembali lagi dalam entri kali ni saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang pengalaman Mobile Spa saya dan juga info ringkas mengenai set YOUTH Skincare Shaklee yang digunakan dalam servis Spa saya yang mula beroperasi pada 2018 sehinggalah sekarang.
Baiklah, bagi anda yang belum mengenali saya, saya merupakan seorang Physiotherapist merangkap salah seorang Beautician Mobile Spa BOTG yang kini aktif menjalankan bisnes Spa ini secara bergerak dari rumah ke rumah/ hotel ke hotel.
Saya sangat teruja untuk berkongsi pengalaman Mobile Spa saya dengan anda semua. Tanpa membuang masa lagi, jom kita mula π.
1. PENGALAMAN MOBILE SPA BERSAMA PELANGGAN VVIP DI HOTEL TERKEMUKA DI KUALA TERENGGANU
Saya sangat terkejut waktu pertama kali mendapat tempahan slot dari seorang pelanggan saya yang ingin saya datang melakukan servis Spa di bilik hotel mereka. OMG! Perasaan waktu itu Allah saja yang tahu, berdebar, gembira semua ada bercampur- baur. π
Saya tidak pernah terfikir yang saya akan berpeluang untuk membawa jenama Mobile Spa saya iaitu D'Physio_Spa KT ini ke hotel- hotel ternama luar sana, tetapi rezeki Allah itu datang dari arah yang tidak saya sangka. Syukur Ya Allah atas peluang- peluang ini.π
Antara hotel yang saya pernah mendapat tempahan slot Mobile Spa adalah antaranya Hotel Felda Residence dan juga Hotel Permai Inn, Batu Burok Kuala Terengganu.
Throwback moment saya melakukan servis Facial buat pelanggan VVIP saya, Puan Ina yang jauh datang dari Melaka November 2022. Beliau datang ke Terengganu atas urusan mengikut suami beliau menghadiri seminar di Permai Inn Hotel, Batu Burok . π
Alang- alang ada masa terluang di bilik hotel, beliau terus terdetik idea untuk memanjakan diri dengan servis Facial sementara suami berkursus di hotel yang sama.
Beliau terus beliau mencari di internet servis Mobile Spa yang ada di sekitar KT ini, dan beliau terjumpa iklan Mobile Spa saya di media sosial katanya. Beliau buat sedikit 'research' dulu, sebelum terus hubungi saya untuk menempah slot.
Alhamdulillah, dengan izin Allah, saya dapat bertemu dua mata bersama Puan Ina pada petang hari yang sama, dapat jalinkan ukhuwah sambil bermobile Spa.
Terima kasih Puan Ina kerana sudi memilih servis Spa dari saya yang sepenuhnya menggunakan set lengkap Skincare YOUTH Shaklee. π
Sempat berselfie di ruang lobi Hotel Permai Inn Kuala Terengganu setelah selesai slot Facial selama 1 jam setengah bersama pelanggan tersayang. π
Gambar ke 2, throwback ketika saya bergerak di bawah projek Spa The Walking Beauty (TWB) yang sekarang ini telah ditukar nama kepada Spa Beauty On The Go (BOTG), melakukan servis facial untuk pelanggan saya, Puan Rozy yang menginap di Hotel Felda Residence, Kuala Terengganu. π
Setting di bilik hotel yang sangat selesa membuatkan pelanggan saya lebih tenang mendapatkan urutan wajah, facial, samai tertidur pun ada. Hehe, Betul- betul stress free ni π
Siap bawa bagasi kecil, nak serve pelanggan Facial saya waktu ini di Hotel Felda Residence π.
2. PENGALAMAN FACIALKAN AHLI KELUARGA TERDEKAT (AYAH, MAK & ADIK)
Masih saya ingat, selesai sahaja traning Spa bersama mentor saya pada tahun 2018, saya terus diberi tugasan penting untuk diselesaikan. Kumpulan pertama yang menajdi pelanggan terawal saya waktu itu adalah ahli keluarga saya sendiri termasuklah ibu, ayah, adik-adik & sepupu.
Throwback waktu ni ayah saya volunteer menjadi antara 5 orang pelanggan pertama saya untuk merasai teknik dan rawatan facial hasil dari ilmu mobile Spa BOTG. π Terima kasih ayah sudi menadah muka untuk bantu anakmu praktis sampai mahir skill facial ni. Hehe. Syukur semua famili sangat supportive. (Disclaimer : Slot Facial terbuka untuk wanita sahaja , tidak terbuka untuk lelaki) . π
Pengalaman apabila dapat melakukan sendiri facial kepada ahli keluarga terutama mak dan ayah adalah salah satu pengalaman yang sangat berharga, asbab join Spa BOTG ini, saya dapat hadiahkan mereka Facial PERCUMA dengan ilmu Facial yang saya belajar. Syukur sangat! Alhamdulillah. π
3. PENGALAMAN KALI PERTAMA FACIALKAN PELANGGAN LUAR π
Ini juga merupakan antara pengalaman termanis sepanjang bergelar Beautician BOTG.Pengalaman Mobile Spa bersama the real customers ini banyak mengajar saya banyak perkara.
Antaranya kita kena jadi professional apabila berhadapan dengan mereka, bertenang ketika melakukan servis, bina hubungan yang baik bersama pelanggan sebelum, semasa dan selepas rawatan.
Kepada anda yang inginkan persekitaran yang baru, ada circle of friends yang positif, bisnes Mobile Spa seperti ini mungkin akan sesuai dengan anda. π
Cik Nia adalah antara pelanggan terawal yang menempah slot Spa dengan saya di kediaman beliau. Seorang usahawanita yang berjaya. Tq CiK Nia kerana mempercayai servis Spa dari saya π
Ini pula adalah throwback kenangan bersama salah seorang pelanggan saya jauh datang dari negeri Cik Siti Wan Kembang. Puan Nik dari Kelantan datang ke Kuala Terengganu pada hujung minggu kerana mengikut suami beliau outstation di KT.
Lumrah seorang wanita, apabila ada masa luang , mesti akan terus terfikir untuk merelakskan diri setelah penat bekerja diSpa. Jadi, Puan Nik pun terjumpa iklan Spa saya di FB waktu itu. Beliau juga terus hubungi saya untuk tempah slot.π
Ini pula throwback sewaktu saya datang ke kediaman pelanggan saya, Cik Eira, untuk melakukan servis Facial sebelum hari Raya Aidilfitri.
Kebanyakan pelanggan saya lebih suka kalau kita dapat datang ke rumah mereka untuk memberikan servis . Ada yang tiada kenderaan, ada yang masa padat dengan keluarga dan kerja, jadinya, servis mobile spa seperti ini sangat membantu mereka untuk berpeluang mencantikkan diri, ber 'Me Time' di rumah masing- masing. π
4. PENGALAMAN FACIALKAN PELANGGAN SEMPENA HADIAH HARI LAHIR/ KEJUTAN DARI SUAMI/ ENCIK TUNANG
Anda ingin suprisekan ibu anda sempena hari lahir mereka? Encik suami/ bakal tunang ingin hadiahkan kejutan ulangtahun perkahwinan/ perkenalan buat isteri/ tunang tersayang?
Anda telah berjumpa dengan servis yang tepat, iaitu saya selaku pemilik D'Physio_Spa KT.
Ramai pelanggan saya yang datangnya dari golongan ibu- ibu, isteri- isteri telah mendapat Facial Treat sempena sambutan/ hari istimewa dari anak- anak, suami/ tunang mereka.
Screnshot DM di FB saya oleh salah seorang sahabat saya, tanyakan tentang servis Mobile Spa sebagai hadiah buat tunang beliau seorang Doktor.
Untung tuan empunya badan, dapat Spa treat dari Encik Tunang untuk bantu hilangkan stress di tempat kerja. Memahami sangat Encik Tunang beliau ni. π
Inilah Cik Tunang sahabat Dirah yang sedang lena menikmati Masker Protein Shaklee. Hehe. Dapat Slot Facial Free, siapa tak gembira kan. π. Nak gembirakan wanita ni mudah saja guys, bagi saja mereka masa untuk ber "me time" sekejap, itu dah dapat mengurangkan bebanan di fikiran mereka setelah seharian bekerja/ menguruskan anak dan keluarga tercintaπ.
Ini pula adalah kenangan sewaktu saya datang servis Facial di Paka, Terengganu, untuk penuhi tiga slot sempena hadiah Hari Ibu di sana. Puan Nora, selaku tuan rumah , Puan Hajar, & seorang lagi puteri beliau serentak sedang menikmati slot Spa di rumah mereka. π
Anda tidak perlu susah- susah untuk keluar ke outlet Spa di luar, hanya panggil servis kita untuk datang ke rumah saja, mudah kan?π
5. PENGALAMAN FACIALKAN BAKAL RAJA SEHARI/ BAKAL PENGANTIN π°
Saya juga mempunyai pengalaman melakukan servis Spa kepada bakal pengantin yang juga telah mendapat "Suprise Treat" dari Encik Tunang beliau dua minggu sebelum majlis berlangsung.
Inilah pelanggan saya, bakal Ratu Sehari waktu itu, Cik Aimi. Seorang pelajar Master. Untung Cik Aimi, Encik Tunang belanja servis Spa untuk beliau katanya. Sweet kan! Hehe π
PRODUK PENJAGAAN KULIT APA YANG DIGUNAKAN KETIKA SESI FACIAL?
Selesai saya kongsikan pengalaman Mobile Spa , sekarang saya ingin bercerita kepada anda pula tentang apakah set penjagaan wajah yang digunakan di dalam Mobile Spa kami?
Semestinya kami menggunakan 100% produk dari Shaklee iaitu YOUTH Skincare. Jom saya ceritakan satu persatu item yang terdapat dalam rangkaian produk skincare Shaklee ini beserta kelebihannya. π
1. KUASA BOTANI
Memanfaatkan kuasa dari alam semulajadi. YOUTH Complex membantu memperbaharui, meningkatkan semula dan meremajakan sel untuk kulit yang lebih muda.
5 bahan aktif yang terdapat dalam set YOUTH adalah ekstrak dari :
- Muscadine Grape
-Vital Repair+®Complex
-Apple Stem Cell Extract
-Lotus Japonicus
-Schisandra Chinensis Fruit Extract
2.TEKNOLOGI TERKINI DENGAN 8 PATEN DAN PATEN YANG SEDANG DIPROSES
Setiap produk YOUTH diformulasi untuk menangani pelbagai faktor penuaan, sama ada gaya hidup anda, alam sekitar ataupun penuaan semulajadi.
3. MENSASARKAN PADA TAHAP SEL KULIT
Teknologi maju YOUTH bukan hanya menangani penuaan pada permukaan kulit tetapi juga mensasarkan kepada tahap sel kulit anda supaya kuliy diperbaharui pada kadar yang lebih muda.
4. MENANGANI TANDA- TANDA PENUAAN
Dibangunakan secara klinikal oleh pakar kulit bertaraf dunis. Indeks Usia Kulit mengukur kehadiran tanda- tanda utama penuaan dengan data klinikal berasaskan fakta yang menangani perkara berikut :
-Kedutan wajah
-Saiz pori
-Tekstur kulit
-Keserian kulit
-Hiperpigmentasi
-Kekenduran
-Tona Kulit
-Keanjalan
ITEM YANG ADA DALAM SET SKINCARE SHAKLEE YANG DIGUNAKAN DALAM SERVIS MOBILE SPA?
1. LUMINOUS GEL OIL CLEANSER
-Formula bebas sabun dengan pH seimbang untuk membersihkan kulit dengan lembut.
-Menanggalkan sel kulit mati dengan lembut, menghidratkan dan membekalkan nutrisi untuk kulit sihat berseri.
-Campuran berpatem vitamin, polifenol & bahan botani penting.
3. YOUTH ACTIVATING SERUM
- Menghasilkan dan memperbaharui kulit dari peringkat sel.
4. AGE DEFENSE MOISTURIZER -SPF 50
-Melindungi kulit dengan pelindung matahari SPF 50 berspektrum luas UVA/UVB.
5. ADVANCED RENEWAL NIGHT CREAM (LIGHT/RICH)
-Menyokong pembaharuan kulit ketika anda tidur.
-Meningkatkan keanjalan dan ketegangan kulit.
6. YOUTH HYDRATING GEL MASK
-Meredakan dan menyegarkan untuk kulit lembut berseri.
-Menghidrat kulit dengan lembapan tahan lama.
7. YOUTH PURIFYING CLAY MASK
-Menyahtoksin dan membersihkan kulit.
-Menyerap dan menyingkirkan pencemaran, kekotoran dan lebihan sebum untuk membantu meminimumkan liang pori yang kelihatan supaya kulit lebih lembut.
8. RADIANCE C + E
- Menegang, mencerah dan mengurangkan garisan halus, kedutan dan tompok usia.
- Melicinkan tekstur kulit dan memperbaiki tona kulit secara keseluruhan.
9. MOISTURE LOCK DAY CREAM
-Penghidratan mendalam dan mengekalkan kelembapan.
- Menenangkan kulit dan membantu mengurangkan kemunculan garis kering yang halus.
Jadi, sekadar ini dulu perkongsian saya kali ini mengenai pengalaman saya bersama Mobile Spa dan sedikit info tentang apa produk penjagaan kulit yang saya gunakan dalam servis Spa saya.
Semoga kita berjumpa lagi di entri seterusnya, ya!
Salam sayang untuk semua. Jaga diri! π
Xoxo!
Jika anda ingin dapatkan sebarang pertanyaan/ konsultasi berkaitan produk- produk Shaklee/ masalah-masalah berkaitan servis Physio, boleh hubungi saya juga bila- bila masa di :
Dan ID Shaklee Rasmi saya : 1208267.
Anda dialu- alukan untuk melakukan pendaftaran sendiri (self- registration) dan pembelian secara terus dari HQ Shaklee pada bila- bila masa.
Anda boleh mengisikan pra- pendaftaran di pautan ini terlebih dahulu untuk bersama team saya : https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=1208267 dan secara automatik akan dapat membeli produk Shaklee dengan diskaun sebanyak 25% sesudah pendaftaran anda selesai. π
Jom sertai keluarga Shaklee bersama saya dan team SDC bermula hari ini.
Anda boleh terus hubungi saya di mana- mana platform media sosial seperti di bawah :
#kursusspamurah #spashaklee #mobilespa #mobilespamalaysia #kelasspaonline
Comments
Post a Comment